Monday, November 9, 2009

Mutiara Kata




"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah


"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah


"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."


"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."


"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus


"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."


"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."


"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."


"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."


"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille


"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."
"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun


"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."


"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."


"Rezeki.. ada di mana-mana, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yang penting, usaha & tawakkal."


"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."


"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."


"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."


"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."


"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."


"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."


"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."


"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."


"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."


"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin


"Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan." ~ Andre Colin


"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." ~ Soekarno


"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti" ~ Hukama


"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius


"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln


"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." ~ Albert Einstein


"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche


"Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah."


"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."


"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan."


"Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya." ~ Marcus Aurelius


"Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya." ~ Stahl P.J


"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."


"Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun."


"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."


"Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya."


"Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia."

~ Richard Brinsley Sheridan


"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi." ~ Confucius


"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."


"Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan."


"Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu." ~ Pepatah Arab


"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze


"Awal mula pohon ialah benih.."


"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat."


"Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."


"Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu."


"Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."


"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri."


"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."


"Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar."


"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."


"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."


"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat."

~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan


"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan."


"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."


"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi."


"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."


"Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi."


"Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda."

~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)


"Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah." ~ T.S Matthews


"Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi."


"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya."


"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."


"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."


"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan."


"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya."


"Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah."


"Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian."


"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar."


"Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama."


"Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya."


"Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya." ~ Khong Hu Cu


"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."


"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."


"Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya."


"Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar."


"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."


"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."


"Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya."


"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat."

~ Khalifah Abdul Malik Marwan


"Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya." ~ Voltaire


"Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita."


"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."


Sunday, November 8, 2009

KOLEKSI PERCUBAAN PERDAGANGAN SPM NEGERI-NEGERI 2009

KOMUNIKASI

JOHOR
Mengapakah Encik Rahmat memilih perkhidmatan kurier untuk menghantar komponen-komponen elektroniknya?

KEDAH
Cadangkan dua perkhidmatan telekomunikasi lisan yang sesuai untuk memudahkan peruncit membuat pesanan.

KUALA LUMPUR
Apakah maksud perkhidmatan kurier?

MELAKA
Syarikat DHL World Wide Express Sdn Bhd dan City Link Express (M) Sdn Bhd merupakan dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan kurier.

Terangkan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat tersebut kepada pelanggannya.


TERENGGANU
Kurier merupakan ejen yang ditugaskan menghantar kiriman dari satu tempat ke tempat lain dengan pantas dan cekap

i. Nyatakan dua syarikat kurier yang beroperasi di Malaysia
ii. Terangkan kebaikan perkhidmatan tersebut kepada pelanggan.





PROMOSI

JOHOR
Gambar 3 menunjukkan dua jenis promosi yang digunakan oleh dua buah syarikat.


Gambar 3

i. Kenal pasti jenis promosi yang digunakan oleh setiap syarikat
ii. Berikan tiga alasan bagi setiap jenis promosi yang dipilih oleh syarikat-syarikat tersebut


KEDAH
Maklumat berikut berkaitan sejenis perniagaan.

Pusat Tuisyen Skor baru dibuka di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah

i. Cadangkan dua media pengiklanan yang sesuai digunakan untuk memperkenalkan
pusat tuisyen tersebut
ii. Mengapakah media tersebut digunakan?


PERLIS
Berikut maklumat mengenai Encik Amir

Encik Amir merupakan pemilik Butik Paris Sendirian Berhad. Beliau telah mengiklankan butik beliau menggunakan risalah untuk meningkatkan jualan menjelang musim perayaan, namun media pengiklanan ini kurang berkesan. Perunding pengiklanan menasihati Encik Amir membuat promosi melalui televisyen dan Encik Amir telah bersetuju dengan cadangan itu walaupun kosnya agak mahal berbanding menggunakan risalah.

Mengapakah Encik Amir mengubah media pengiklanan dari risalah kepada televisyen?


KUALA LUMPUR
i. Nyatakan kelebihan media pengiklanan majalah yang dipilih oleh Sofiah Pottery (M) Sdn
Bhd untuk mempromosikan barang tembikar

ii. Jika anda seorang perunding perniagaan, jelaskan media pengiklanan yang perlu dipilih oleh
Sofiah Pottery (M) Sdn Bhd untuk memperkenalkan hasil barang tembikar ke seluruh dunia

MELAKA
Dialog berikut adalah di antara pengurus Pasar Raya Bintang Putra dengan jurujualnya.



Cadangkan dua promosi jualan yang boleh diadakan oleh Pasar Raya Bintang Putra selain mengadakan peraduan

PERAK
Rajah 1 merupakan satu risalah yang diedarkan di bandar Georgetown, Pulau Pinang.

Rajah 1

i. Apakah promosi yang dilakukan oleh Kedai Kek Seri Ayu?
ii. Mengapakah Kedai Kek Seri Ayu memilih jenis promosi tersebut?

TERENGGANU
Rajah berikut berkaitan dengan promosi.


i. Nama dan jelaskan jenis promosi di atas
ii. Puan Puzi bercadang berbelanja sempena promosi tersebut, cadangkan rasional beliau berbuat demikian .
iii. Apakah akta yang mengawal aktiviti promosi di atas? Jelaskan.

PAHANG
1. Petikan berikut berkaitan dengan dasar kerajaan.

......adalah menjadi dasar kerajaan untuk mengawal pengiklanan seperti rokok dan
minuman keras disiarkan di televisyen. Selain itu, kerajaan juga menentukan kandungan
iklan yang tidak mengandungi unsur seks atau bersifat perkauman.

Selain daripada dasar kerajaan, terangkan faktor-faktor lain dalam pemilihan media
pengiklanan

2. Terangkan tiga promosi jualan kepada pengguna yang boleh dilakukan oleh seorang peniaga.